Wajib Lantik Peguam Hartanah Untuk Jual Rumah

by Zulhisham
264 views

Peguam Hartanah atau Lawyer adalah insan paling penting dalam transaksi jual beli hartanah di Malaysia. Peguam hartanah diperlukan untuk buat surat perjanjian jual beli rumah (SPA) dan peguam juga akan pasti setiap terma dalam perjanjian dipenuhi.

Bukan sahaja dalam bidang hartanah, peguam juga diperlukan dalam kes penceraian, hibah, wasiat, kes saman, kes fitnah dan macam-macam lagi.

Wajib Ke Lantik Peguam Untuk Jual Rumah?

Setiap kali ada klien berhasrat nak jual rumah, saya akan terangkan prosedur jual rumah sekurang-kurangnya 30 minit. 

Ini bagi pastikan segala perancangan klien untuk menjual rumah berjalan dengan baik. Sepanjang sesi penerangan tersebut saya boleh katakan kebanyakkan orang masih keliru sama ada perlu atau tidak untuk lantik peguam dalam proses penjualan rumah.

Antara soalan yang akan ditanya berkaitan peguam seperti : 

  • Perlu ke saya sebagai penjual melantik peguam untuk urusan jual rumah?
  • Siapa yang akan bayar kos peguam hartanah?
  • Bila waktu yang sesuai untuk lantik peguam?
  • Boleh saya berkongsi peguam dengan pihak pembeli?

ada banyak lagi pertanyaan berkaitan peguam.

Penjual Tak Wajib Lantik Peguam Sendiri

Kat luar sana, saya yakin ramai lagi yang masih keliru, tak pasti samada kena lantik sendiri atau tak perlu lantik lawyer sekiranya nak jual rumah.

Apa yang boleh saya ringkaskan, pihak yang wajib lantik lawyer adalah pembeli. Penjual tak wajib untuk lantik peguam.

Bagi pastikan proses jual beli berjalan lancar, peguam pembeli akan bantu selesaikan perkara atau tugasan yang melibatkan penjual.

2 Pilihan Untuk Penjual Samada Nak Lantik Peguam Atau Tidak

Sebenarnya penjual mempunyai pilihan samada untuk melantik peguam sendiri atau tidak. 

Setiap pilihan ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Saya suka  memberi 2 pilihan kepada klien dan mengambil peluang untuk menerangkan kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan.

Pilihan #1 : Lantik Peguam Hartanah Sendiri

Saya suka mencadangkan setiap penjual rumah melantik peguam hartanah sendiri. Ini bagi pastikan ada peguam yang akan menjaga kepentingan atau interest penjual setiap masa.

Apabila ada 2 pihak peguam yang mewakili penjual dan pembeli, setiap peguam akan pastikan setiap tanggungjawab dan kepentingan klien dipantau sebaiknya.

Apabila penjual melantik peguam, penjual perlu menanggung kos peguam hartanah. Kos peguam ini yang menyebabkan sebahagian penjual tidak berminat melantik peguam. Sebab selain kos peguam hartanah, penjual juga perlu menanggung kos jual rumah seperti ejen hartanah dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Bagi penjual yang berjimat, boleh ambil pilihan #2 di bawah

Piilhan #2 : Tumpang Peguam Pembeli

Selain tumpang, ramai juga gunakan perkataan kongsi peguam. Panggilan tumpang peguam atau kongsi peguam ni sebenarnya tidak berapa tepat. Tapi bagi saya ok je untuk fahamkan masyarakat umum.

Kelebihan tumpang peguam ni ialah penjual tidak perlu membayar fi profesional peguam. Penjual hanya perlu membayar kos-kos disbursement yang lain dengan anggaran RM1,500-RM2,000. 

Kos disbursement berbeza mengikut negeri dan daerah. Bagi dapatkan kos yang tepat, sila dapatkan quotation dari pihak peguam.

Kebiasaanya dengan pilihan ini, penjual boleh jimat sehingga 50% kos peguam.

Kekurangan pilihan ini ialah penjual tidak diwakili oleh mana-mana peguam. Oleh itu tidak ada pihak yang memantau kepentingan penjual selain penjual sendiri.

Nak Lantik Peguam Sendiri atau Nak Tumpang Peguam Pembeli?

Terpulang kepada anda. Nilai risiko dan kira keuntungan akan diperolehi apabila jual rumah. 

Kalau jimat menjadi keutamaan boleh ambil Pilihan #2, dan sekiranya ada bajet untuk kos peguam, boleh ambil Pilihan #1.

You may also like

Leave a Comment